Wednesday, March 18, 2009

malam tadi pergi ziarah ucu di ppum.

sangat sedih melihatkan tubuh ucu yang kecil berselirat dengan wayar2 yang aku sendiri xpasti tujuannye, membuatkan aku sangat sedih.

menitik air mate darah sekali pun xkan dapat ubah ape yang telah ditakdirkan.

pendarahan berlaku menyebabkan petang semalam die terpakse dibedah.

usai pebedahan,terus tidak sedarkan diri.

waktu kami sampai,ucu sedang tidur, tapi melihatkan nafasnya seakan sukar untuk dilepaskan, membuatkan aku rase takut.

pakcu kate, keadaannya sangat tenat!peratus hidup 50-50.

kanser dah merebak sampai ke usus.

pendarahan berterusan mungkin disebabkan die risau keadaan rumah, risau anak-anak, risau dapur, risau mesin basuh dll.

oh sampai macam tu sekali.

sakit-sakitpun masih ingatkan anak-anak.

anak-anak ucu menanges bile diberitahu mak mereke xdapat hidup lame.

hanye Allah menentukan segalanya, pun xboleh nak agak bende ni.

aku turut menitiskan air mate.

tengah malam, mak sampai dari kampung.

aku xboleh nak tengok mak menanges, mesti rase sedih same.

mak kate rupe ucu dah lain.(versi jawe)

mak cerite pagi tadi, ucu dah sedar malam tadik, tapi xpasti pukul berape.

bile mak panggil name ucu, die menyahut.

waktu balik tadi, aku tengok ucu masih lagi tidur.

xboleh nak kejutkan.

lepas solat, aku xlupe untuk membacekan Yassin, dan menitipkan doa kepada Allah SWT, semoga ucu sihat seperti sedie kala dan dipanjangkan umur.

semoge ucu kuat semangat untuk terus hidup, dan bertambah pulih selepas ini.

No comments: