Wednesday, November 21, 2012

Orang nomad

Penat.

Lelah.

Tapi syukur, ada juga rumah nak diduduk buat sementara ni.


Ura-ura laluan ke tempat kerja pada minggu hadapan

Rasa-rasa kaki aku mampu tak nak tahan hampir 2 jam dalam kesesakan trafik?

Telephone conversation

'Nanti lepas bersalin siapa nak jaga baby?'

'Erm, berhenti kerja je la.'

'Tak sayang ke berhenti kerja? Hantar kampung la, mak jaga!'

'Eh jangan la!'

'Haha!'

Ada ke patut mak gelakkan aku?

Tuesday, November 20, 2012

Kelmarin

Malam.

Lepas pulang dari klinik, makan nasi dan burger.

Bukan burger ayam!

Baby and I sihat alhamdulillah.

Cuba teka, apakah jantina baby saya?

:)

Ok bai.

Monday, November 19, 2012

Kenapakah tuan rumah?

Dari Sabtu lepas ada je orang datang nak tengok rumah.

Aik, kenapakah?

Katanya bank dah lelong ini rumah.

Last night abg Azlan pergi buang sampah.

Lepas tu dia jumpa flyer.

Memang rumah ni dah kena lelong.

Terus tak boleh tidur.

Kena pindah dengan segera.

:'(

Friday, November 16, 2012

Bulan ke-5

Malam semalam.

Abang Azlan nak dengar baby dalam perut.

Bila letak kat perut, tiba-tiba baby tendang.

Oh yeay! Ini pertama kali.

(Selalu bunyi perut je.)

'Baby, tendang abah lagi sekali!'

Baby dah tak respond.

Dah penat main bola agaknya sebelum tu.

Monday, November 12, 2012

Tergoda iman

Rasa nak balik Kampung Selabak.

Haip, pasal apa?

Pasal sekarang musim buah-buahan tempatann.

Oh abang, jom la kita balik.


Pagi Isnin yang panjanggggggggggg

Abang Azlan dah pergi outstation.

Dalam hati, mmg niat nak bergerk awal.

Pagi-pagi ni kereta pula tak boleh hidup.

Aduh, dah la ada Wira block kereta.

Acane?

Telefon-telefon tak pulakk angkat.

Masuk peti suara.

Nasib ada pakcik Cina tolong panggilkan orang yang block kereta ni.

Alhamdulillah, kereta boleh start selepas pemilik kereta Wira datang.

Friday, November 9, 2012

Dikala membuat kerja di pejabat

Apesal ada kereta memekak kat bawah ni?

Panjang gila bunyi hon dia.

seminit.

dua minit.

tiga minit.

empat minit.

lima minit.

Officemate masuk opis.

'Kereta Ummu ke? Petak no 2?'

'Ha'ah, kenapa?'

'Macam bunyi dari kereta tu'

Cepat2 turun tangga.

Memang lelah!

Hon kereta buat hal.

Kuasa magik apa ntah tetiba bunyi hon tak putus-putus.

Short la tuh!

haihhh.

Thursday, November 8, 2012

Tiket 8.35pm

Berhujan ke Leisure Mall.

Nak tengok Skyfall punya pasal.

Jalan cerita lembappp.

Tak da banyak aksi yang menarik.

Ok bye.

Wednesday, November 7, 2012

Makan satu pinggan

Merajuk pasal tak habiskan mee goreng.

Dah sampai satu paket dimasak, mana boleh habis abg oi?

Ades.

Kita ni dah la berdua je.

Manakan dapat makan macamkan untuk  5 orang makan.