Wednesday, January 30, 2013

Kejadian Hari Sabtu yg lalu

'Tak tahu la nak makan apa kejap lagi.'

'Dekat-dekat Rawang ada kedai melayu. Jangan asek nak makan MAMAK je!'

Aikkkkkk.

Macam tau-tau je aku nak tapau MAMAK balik ni.


Tuesday, January 29, 2013

Selamat Hari Jadi Abang!

Puas la duduk rumah seharian semalam.

Malam tu tak tahu nak pergi mana.

Cari durian la.

Pusing-pusing tak jumpa.

Ada satu kedai saja yang menjual durian.

Bapak mahal!

Sekilo RM12.

2 Biji durian yang beratnya kira-kira 3kilo++ dah RM43.

Hadiah hari jadi.

Ok bye.

Friday, January 25, 2013

Hai, salam Jumaat

Sekarang baby dah 31 minggu.

Rasa sakit pinggul semakin menjadi-jadi.

Pagi ni bawak kereta pun dah tak berapa nak larat.

:'(

Ya Allah, selamatkan perjalanan pergi dan balik opis.

Tapi yang pelik masa makan karipap tak pulak sakit.

Macam ni kene selalu makan la.

Nyum..nyum..nyum.

Wednesday, January 23, 2013

Kan dahhhhh..



Atas meja ada buah mangga masam dan sunsweeet.

'Makan la buah mangga tuh!'

'Taknak! Masam.'

'Orang nyorokkan Sun Silk tu karang. eh'

Ha ha!

Tu la, kabut semacam.

Tahu nak buli orang je.


Monday, January 21, 2013

Penakut.

Balik dari makan mamak malam tu.

'Eh, tak takut ke orang India tu jalan dalam gelap?'

'Ye ke India?'

'Ye la..kan gelap tu!'

'Entah-entah bukan India kot.'

'Eh apa pulak bukan. Tu nampak ada kaki tu'

'Memang la ada kaki, tapi tak da seliparrrrr.'

Kahkahkah.


Thursday, January 17, 2013

Tong drum gas pun tak seberat ini

Hai.

Cube teka berapa berat badan saya sekarang?

Memang la macam belon, tapi belon ringan sangat.

Ye tepat sekali!

Pasal tak jawab.

92.6 kilogram ye puan-puan.

Tuesday, January 15, 2013

Cerita minggu ini

Sudah seminggu mengalami sakit pinggul.

Dan berhari-hari juga mintak Abg Azlan urut.

Tapi dia tetap tak buat-buat juga.

Satu malam, selepas Solat Isya', aku paksa dia urut.

Tapi dia masih buat dek dengan tengok rancangan Maharajalawak Mega.

Stress sebab tak jalan jugak, aku nangis dalam bilik.

Tak sampai 5 minit, dia perasan aku tak keluar-keluar.

Hehe, taktik menjadi!

...

Esok tu abang Azlan cakap,

'Lain kali kalau nak nangis jauh sikit. Biar orang tak tahu!'

Kahkahkah.

Dengki.

Saturday, January 12, 2013

Perihal pelik

Aku ada habit yg pelik semenjak mengandung ni.

Malam kalau tido akan selimut perut je.

Apesal entah.

Baby sejuk ke apa?

Woha!

Friday, January 11, 2013

Pesanan Ringkas

'Malam ni abang nak tengok bola!'

'Eh, malam ni ada Maharaja Lawak. Macam mana nak tengok bola?'

'Malam ni hujan, tak boleh tengok Maharaja Lawak.'

'Padahal Astro tetap ada satu.'

'Beli TV sampai 2 biji.'

Kahkahkah, kalau hujan kita sama-sama tak boleh tengok Astro.



Tuesday, January 8, 2013

Communication barrier sungguhhh!

Semalam kereta kena clamp dengan MPAJ.

Sebab nak kena bayar saman on the spot, pinjam duit opismate, Sim.

Balik rumah masa tengah relax-relax baca paper, abang Azlan tanya.

Dia ada di dapur masa ni, siapkan makan malam.

Eh.

'Dah bayo duit Singh belum?'

'Apa? Tak paham la bang'

'Dah bayo duit Singh belum?'

Isk, bila masa pulak aku pinjam duit Singh ni.

Masa bilanya?

Siapa Singh tu pon aku tak tau.

'Dah bayo duit SIM belum?'

'Ohooooooo,baru paham! Duit Sim!'

Hahahaha.

Maaflah ye...orang rabun ni deria pendengaran dia kurang sikit.