Thursday, August 22, 2013

Eh, boleh lagi ke post pasal raya?

Tahun ni masih lagi beraya di Terengganu, dan kali pertama bersama anak kesayangan, Hanna.


Si montel 

Masa ni kami dalam perjalan pulang ke kampung. Apa? Hanna saya memang hisap puting. Kalau tak ada, tak boleh tidur malam. Gara-gara nak makan nasik (berbuka puasa, tapi dah lewat sangat, dalam kol 10pm) puting kesayangan Hanna hilang di kedai makan. Oh, oh. Menangis-nangis malam nak tidur tak de puting.

Hanna dengan mama dia yang kurus sesangat!

 Hanna sangat behave, sampaikan semua yang datang rumah mak suka sangat dengan dia. Kau buat la macam mana pun, dia akan senyap je. Tapi.eh ada tapi. Kalau nak tidur, silakan jangan kacau kalau tak boleh mengamuk satu rumah. Itulahh anak saya Si Hanna Khalisha oiii.

 Hanna bersama Tok ki dan Tok. 

Kesayangan tok ni. Mak kalau telefon mesti tanya pasal Hanna. Siap offerkan diri nak jaga Hanna. ok tak sampai hati la pulak nak tinggalkan di Terengganu sana. Ok mak, jangan kecik ati. mungkin lain kali ye.


Abah dan Hanna.

Cube tengok muka Hanna dalam gambar ni. Macam tak suka je. Hahaha. Hanna paling suka main dengan abah dia, siap mengekek macamkan lawak sangat. Jealous la jugak mak dia.

Ok, itu je lah.
Bai.

3 comments:

Pao Chacha said...

Bapak hanna punye rambut tuh.

Pao Chacha said...
This comment has been removed by the author.
oren merah said...

kenapa dengan rambut bapak die?macam skema sangat ke?mihmihmihh