Thursday, August 22, 2013

Susu Si Hanna

Beberapa hari sebelum balik raya di Terengganu, kami pergi Dungun.
Mama Hanna nak kena buat pembentangan di UiTM.
Oh, apalah nasib. nak raya kot.
Flow dia macam ni.
KL - Dungun - KL - Kuala Terengganu.
Aik, kenapa nak kena patah balik KL tuh? 
Adalah lebih baik kita teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, kan jimat masa?
Tapi...tak boleh pasal Abah Hanna masih kerja.

Cerita dia macam ni.
Pagi-pagi selepas check out hotel dah pesan ke Abah Hanna,
'Susu Hanna ada dalam beg tau! Nanti dia bangun dalam kol 10am mesti dia nak susu'
'Ok.'
Cis, ok saja.

Selepas 2 jam buat pembentangan, pulang semula ke kereta.
Aik, pelik apesal susu semalam dah habis ni.
Rasa semalam Hanna tak minum langsung!
Ini sangat pelik ye.

'Abang bagi Hanna susu yang mana?'
'Yang ni la' sambil tunjuk botol susu yg kosong dan terletak di dashboard.
'Ini susu semalam!!!!!'

Sampai hati bagi susu basi pada Hanna saya.
Sob sob sob.
Baru bagi jaga 2 jam dah jadi macam ni.
Memang tak boleh jadi babysitter langsung.

Hanna tak da sakit apa, cuma seminggu tak berak.
Hai anak, orang selalunya akan cirit-birit selepas makan susu basi, tapi kauuuu..
isk isk isk.

Abah dan Hanna di hari kejadian.

No comments: