Friday, September 27, 2013

Busy bee

Mama yang sekerat dan Hanna yang tidur dengan lenanya semasa hujan.

Sunday, September 8, 2013

Pengalaman pertama menghantar Si Montot Montel ke rumah pengasuh.

Kelam kabut!

Cerita dia macam ni.

Rumah pengasuh blok sebelah, dan tingkat paling atas sekali.

Jam 8.00 dah berlari-lari siapkan Hanna dan cepat-cepat hantar.

Perjumpaan dengan  Ketua Program jam 9.

Mana sempat oi.

Dah la lama tak memandu pergi Shah Alam sana.

Sesampai rumah pengasuh, terus pass ke pengasuh.

Cuma bagi beg susu jer.

Cepat-cepat turun tangga.

Ehhhh.sekali terlupa nak bagi sekali beg baju Hanna.

Oi, apa ni..penat tau nak naik balik.

Dah nama pun terpaksa, lari la naik tangga hantar beg Hanna.

Cepat-cepat turun tangga dan start kereta dan jalan.

Alhamdulillah, selamat sampai ngam-ngam majlis nak mula.

Halangan yang dihadapi semalam:

1. Dua kali naik turun tangga di blok pengasuh. Kaki sampai kejang. Sampai sekarang pun.

2. Hampir nak melanggar palang tol Guthrie. Panik punya pasal, tak ingat break kereta mana satu. Siap berbunyi lagi tol tau dan board kat situ ditulis CEROBOH. Oi..mana adaaa. Sukati je.

3. Sesat jalan nak menghala ke UiTM. Cis, aku pusing-pusing mana entah. Melambatkan lagi masa.

4. Masa pulang, kereta kena block dengan kereta orang lain. Hai..orang macam ni pun ada ke? Tinggal le nombor telefon kalau iye pon. Ada lagi 2 orang yang senasib dengan aku. Maka takpa la..ada jugak kawan. ehhh

5. Kad ATM masalah. Tak boleh draw duit dan duit cukup-cukup buat bayar minyak kereta. Habis, duit tol macam mana? Tawakal je la. Korek-korek duit syiling yang ada.

6. Perjalanan pulang mengambil masa 2 jam! Oi..apa sesak sangat KL sekarang ni? Sabtu mana ada orang kerja. Oh, lupa. Gaji masuk, maka bersuka ria lah orang berjalan-jalan.

Ambil Hanna pun dah lewat. Dalam pukul 3 macam tuh. Alhamdulillah, Hanna ok kat rumah pengasuh dan minum susu banyak sangat. Daripada 5 botol,  4 botol sudah habis diminum. Itu baru setengah hari, kalau sampai ke malam, berapa botol eh?

Oh anak, nanti kita minta Abah beli nestum. Tak de la Hanna lapar kat rumah orang. Gigi pun dah tumbuh 2 batang. Budak-budak lain sebaya Hanna belum tumbuh gigi lagi tau. Isk isk isk.

Jangan nakal-nakal Montel. Mama sayang Hanna!

Si Hanna tak boleh duduk diam