Malam. Lepas pulang dari klinik, makan nasi dan burger. Bukan burger ayam! Baby and I sihat alhamdulillah. Cuba teka, apakah jantina baby saya? :) Ok bai.
Dari Sabtu lepas ada je orang datang nak tengok rumah. Aik, kenapakah? Katanya bank dah lelong ini rumah. Last night abg Azlan pergi buang sampah. Lepas tu dia jumpa flyer. Memang rumah ni dah kena lelong. Terus tak boleh tidur. Kena pindah dengan segera. :'(
Abang Azlan dah pergi outstation. Dalam hati, mmg niat nak bergerk awal. Pagi-pagi ni kereta pula tak boleh hidup. Aduh, dah la ada Wira block kereta. Acane? Telefon-telefon tak pulakk angkat. Masuk peti suara. Nasib ada pakcik Cina tolong panggilkan orang yang block kereta ni. Alhamdulillah, kereta boleh start selepas pemilik kereta Wira datang.
Merajuk pasal tak habiskan mee goreng. Dah sampai satu paket dimasak, mana boleh habis abg oi? Ades. Kita ni dah la berdua je. Manakan dapat makan macamkan untuk 5 orang makan.