Cuba anda teka, berapa lamakah diambil oleh zirafah untuk mengadung anak pertama? Kalau peminat Animal Planet mesti tau. Ya betul jawapan dia... 15 bulan. Relax je kan, lebih setahun 3 bulan. Aku pun belum beranak lagi ni. Dah terlebih 3 hari. Ok bye.
Ok takut tak tengok gambar kaki macam ni? Inilah perbezaan tahap kegemukan kaki kami. SObsss. Ini hari suppose saya beranak, tapi masih tak ada lagi tanda untuk bersalin. Ya Allah, permudahkan laaaaaa urusan bersalin nanti.
Jam 4 pagi. Terasa sakit perut dengan tiba-tiba. Selalu terjaga sebab lapar. Tapi yang ini bukan. Dalam 10 kali la jugak. Fikir nak pergi hospital juga, tapi macam malas, sebab takut kena tahan, tapi sebenarnya belum nak bersalin lagi. Ok, takut la juga memikirkan kena duduk di rumah seorang diri. Harap-harap tiada perkara buruk berlaku.
'Abang, bangun! dah pukul 7!' 'Huh, pukul 7 pagi?' 'Haha! Bukan la.7 petang.' 'Astaghfirullahhhalazim...' Menggelabah nak pukul 7 pagi hari Isnin. Tu la, lain kali jangan tidur lepas Asar.