Sunday, August 25, 2013

Rumah terbuka mak cik Mimi

Hanna dan makcik Mimii
Walaupun mama dan Hanna dua-dua sakit mata, tetap juga nak beraya.

Terima kasih buat makcik Mimi sekeluarga kerana melayan kami dengan baik.

Makan sedap oi.

Woha!

Thursday, August 22, 2013

Susu Si Hanna

Beberapa hari sebelum balik raya di Terengganu, kami pergi Dungun.
Mama Hanna nak kena buat pembentangan di UiTM.
Oh, apalah nasib. nak raya kot.
Flow dia macam ni.
KL - Dungun - KL - Kuala Terengganu.
Aik, kenapa nak kena patah balik KL tuh? 
Adalah lebih baik kita teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, kan jimat masa?
Tapi...tak boleh pasal Abah Hanna masih kerja.

Cerita dia macam ni.
Pagi-pagi selepas check out hotel dah pesan ke Abah Hanna,
'Susu Hanna ada dalam beg tau! Nanti dia bangun dalam kol 10am mesti dia nak susu'
'Ok.'
Cis, ok saja.

Selepas 2 jam buat pembentangan, pulang semula ke kereta.
Aik, pelik apesal susu semalam dah habis ni.
Rasa semalam Hanna tak minum langsung!
Ini sangat pelik ye.

'Abang bagi Hanna susu yang mana?'
'Yang ni la' sambil tunjuk botol susu yg kosong dan terletak di dashboard.
'Ini susu semalam!!!!!'

Sampai hati bagi susu basi pada Hanna saya.
Sob sob sob.
Baru bagi jaga 2 jam dah jadi macam ni.
Memang tak boleh jadi babysitter langsung.

Hanna tak da sakit apa, cuma seminggu tak berak.
Hai anak, orang selalunya akan cirit-birit selepas makan susu basi, tapi kauuuu..
isk isk isk.

Abah dan Hanna di hari kejadian.

Eh, boleh lagi ke post pasal raya?

Tahun ni masih lagi beraya di Terengganu, dan kali pertama bersama anak kesayangan, Hanna.


Si montel 

Masa ni kami dalam perjalan pulang ke kampung. Apa? Hanna saya memang hisap puting. Kalau tak ada, tak boleh tidur malam. Gara-gara nak makan nasik (berbuka puasa, tapi dah lewat sangat, dalam kol 10pm) puting kesayangan Hanna hilang di kedai makan. Oh, oh. Menangis-nangis malam nak tidur tak de puting.

Hanna dengan mama dia yang kurus sesangat!

 Hanna sangat behave, sampaikan semua yang datang rumah mak suka sangat dengan dia. Kau buat la macam mana pun, dia akan senyap je. Tapi.eh ada tapi. Kalau nak tidur, silakan jangan kacau kalau tak boleh mengamuk satu rumah. Itulahh anak saya Si Hanna Khalisha oiii.

 Hanna bersama Tok ki dan Tok. 

Kesayangan tok ni. Mak kalau telefon mesti tanya pasal Hanna. Siap offerkan diri nak jaga Hanna. ok tak sampai hati la pulak nak tinggalkan di Terengganu sana. Ok mak, jangan kecik ati. mungkin lain kali ye.


Abah dan Hanna.

Cube tengok muka Hanna dalam gambar ni. Macam tak suka je. Hahaha. Hanna paling suka main dengan abah dia, siap mengekek macamkan lawak sangat. Jealous la jugak mak dia.

Ok, itu je lah.
Bai.

Thursday, July 25, 2013

Monday, July 22, 2013

Kemas

'Awak ni kat rumah cuba kemas rumah sikit.'

'Kemas dah la.tapi Hanna buat sepah.'

'Hanna bukan tahu buat sepah. Awak tu!'

Kahkahkahhhhhhh.

Rilex braderrrrr rilexxxx.

Jangan la marah.

Wednesday, June 26, 2013

Hanna berumur 2 bulan 22 harii

Senyuman pertama!

Senyuman pertama, satu senyuman yang bukan hanya kecutan otot atau angin, boleh dilihat sekarang. Dan senyum yang sungguh istimewa- ianya sebaik-baik upah (bagi tidak cukup tidur yang anda alami) dan benar-benar mengubah bayi anda menjadi seorang manusia kecil Putra atau putri anda sekarang ini membuka dirinya terhadap dunia sekitar dengan lebih banyak lagi .. Waktu berjaga antara waktu-waktu tidurnya kini menjadi lebih lama. Dan sebahagian besar masa bayi anda terjaga digunakan untuk mendengar anda dan melihat anda - mengamati anda dengan cukup rapat untuk belajar tentang anda dan segala sesuatu di sekitarnya.

Monday, June 24, 2013

Selamat hari Monday!

Hanna suka je dapat car seat!

Terima kasih kepada yang memberi.

Oho, kenapa dah jadi warna lain?

Semalam tukar, pasal yang itu hari besor gabak oi.

Menangis orang yang duduk belakang, terpaksa bersempit.

Sila abaikan tangan si Bapak.